Gaji Minimum: Kerajaan Beri Tempoh Peralihan Lebih Lama Kepada Perusahaan Kecil - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan tempoh peralihan lebih lama bagi perusahaan kecil yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang untuk melaksanakan kadar gaji minimum sektor swasta.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihak berkenaan juga boleh memohon lanjutan tempoh peralihan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara jika menghadapi kesukaran untuk mematuhi kadar baru itu.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara di sini, Khamis.

Dr Subramaniam juga menolak cadangan senator itu agar pelaksanaan gaji minimum sektor swasta mengikut saiz perusahaan kerana saranan tersebut sukar dilaksana selain terdedah pada manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya penetapan kadar gaji minimum yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April lepas itu telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk produktiviti, garis kemiskinan serta indeks harga pengguna. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan