Demonstrasi Perkembangan Tidak Sihat Kepada Sistem Demokrasi Negara - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Langkah pihak pembangkang mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan, yang dipilih rakyat menerusi proses pilihan raya, hanya akan menjejaskan keharmonian dan keamanan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tindakan menghalalkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini, merupakan perkembangan tidak sihat kepada sistem demokrasi negara, sekaligus menepati kehendak pihak asing yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Saya nampak ada pihak, termasuk (Mursyidul Am Pas Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) yang menghalalkan demonstrasi sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan. Nampak dia kurang percaya kepada sistem demokrasi yang mana kerajaan dipilih melalui undi tanpa keganasan.

"Sekarang demonstrasi dipilih sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan. Saya fikir perkembangan ini tidak sihat, apabila kita menyokong tindakan ganas, negara kita tidak akan aman," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Negarawan bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, Khamis.

Majlis yang dihadiri lebih 5,000 orang itu turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Anwar yang mengakui beliau lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP sekiranya tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata ia bukanlah perkara baru.

"Dia (Anwar) memang kuda DAP dari awal, ini bukanlah perkara baru," katanya.

Dr Mahathir turut menempelak Anwar yang menjemput pemerhati luar, Nicholas Xenophon, senator bebas dari Selatan Australia untuk memantau perhimpunan Sabtu lalu, memandangkan ahli politik itu bukan sahaja seorang anti-Islam, malah merupakan seorang penyokong kuat perkahwinan sejenis.

"Memang geng dialah tu, sahabat, orang-orang seperti inilah yang sokong dia," katanya. Dr Mahathir berkata pembangkang juga tidak perlu bersikap retorik dengan menggunakan agama untuk meraih sokongan, termasuk cadangan meminda Perlembagaan Negara berkaitan dengan agama Islam.

"Sekarang pun Islam itu addin. Itulah Islam. Beza agama Islam dengan agama lain ialah Islam memberi petunjuk kepada segala kegiatan manusia semasa dia hidup dan untuk dia mati.

"Memang tidak payahlah dia nak sebut dalam perlembagaan nak jadikan Islam sebagai addin. Islam memang sudah addin. Dulu mati-mati nak negara Islam, kemudian dia kata ini tidak ada dalam Al-Quran, cuma yang ada negara kebajikan. Ini nak menipu rakyat, malangnya ada orang yang taksub. Kita tidak boleh taksub dengan sesiapa pun, kita kena berpegang kepada yang benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan