Dasar Gaji Minimum Boleh Kurangkan Kebergantungan Negara Terhadap Buruh Asing - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selain memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan di negara ini, pelaksanaan gaji minimum juga akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap penggunaan tenaga asing.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ini kerana kadar gaji minimum yang tinggi turut bermaksud peningkatan kos pengambilan pekerja asing oleh majikan kerana mereka terpaksa membayar levi serta caj lain.

"Keadaan sedemikian secara langsung akan memaksa majikan mengurangkan pekerja asing mereka dan seterusnya membuka ruang pekerjaan yang lebih luas untuk pekerja tempatan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan menjadi tenaga kerja dalam sektor perburuhan khasnya dalam peladangan, beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan dan infrastruktur asas termasuk menyediakan kediaman di kawasan ladang.

Katanya pihak majikan juga digalak untuk memodenkan cara pengurusan dan tempat kerja mereka bagi tujuan ini. "Melalui langkah ini, diharap usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing boleh dicapai," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dalam penggulungannya, berkata peningkatkan mendadak jumlah pengundi berdaftar sejak kebelakangan ini adalah satu kebiasaan.

Katanya mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , seramai 2.27 juta pengundi baharu telah didaftar antara tahun 2008 dan 2011.

Daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada tahun 2008; 279,270 pada tahun 2009; 826,462 pada 2010 dan 1,008,850 pada 2011, katanya.

Liew berkata peningkatan mendadak pada 2010 dan 2011 berbanding dua tahun sebelumnya disebabkan kesedaran pada kalangan rakyat mengenai pilihan raya umum yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Peningkatan ini juga disebabkan parti politik yang giat menjalankan kempen mendaftar pengundi baru sejak dua tahun kebelakangan ini, katanya.

Sehubungan itu kata Liew, SPR berpandangan tiada siasatan lanjut perlu diambil kerana jumlah tersebut adalah berdasarkan jumlah sebenar pemilih yang telah didaftarkan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan