BN Kedah Sasar 1 Juta Pengundi Berdaftar Sebelum PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah menyasar satu juta pengundi di negeri ini akan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sehingga kini lebih kurang 980,000 pengundi telah berdaftar bagi negeri ini dan sasaran satu juga dijangka dapat dicapai kerana daftar pemilih sentiasa berjalan.

"Proses mendaftar berjalan sepanjang masa dan individu yang mencapai umur 21 tahun juga ada setiap hari. Kita juga telah mencetak satu juta notis untuk diedarkan kepada pengundi.

"Sekarang ini kami sedang mengumpul data-data pengundi yang dijangka selesai tengah bulan ini dan daripada situ kita akan dapat tengok status pengundi dan tentukan mana kawasan hitam, kelabu atau putih," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa daerah mengundi dalam Parlimen Alor Setar di sini, Khamis.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata bagi Parlimen Alor Setar sahaja terdapat sebanyak 47 peti undi dengan 60,000 pengundi telah berdaftar.

"Umno telah berjumpa dengan pengundi-pengundi Melayu bagi mendapatkan maklumat, manakala bagi pengundi Cina dan India kita serahkan kepada MCA dan MIC," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan