Azmin Saman Utusan RM100 Juta

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali memulakan tuntutan undang-undang ke atas Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama seorang wanita.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, Mohamed Azmin melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim suren & Soh menghantar surat tuntutan kepada UMMB bagi meminta Utusan Malaysia menarik balik berita berkenaan, memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta di atas penyiarat laporan itu.

"Memandangkan dakwaan ini begitu serius kerana edaran akhbar di seluruh negara, Mohamed Azmin menuntut sejumlah RM 100 juta sebagai ganti rugi.

"Beliau memulakan prosiding undang-undang ini untuk membersihkan nama dan reputasinya sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Khamis.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Siri gambar tersebut kemudiannya dipetik beberapa akhbar arus perdana termasuk Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan