Azmin Perlu Sumpah Laknat Nafi Tuduhan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi panas bersama seorang wanita yang didedahkan, baru-baru ini.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Azmin sepatutnya berbuat demikian supaya rakyat benar-benar yakin 100 peratus bahawa individu terbabit bukan dirinya.

"Tetapi jika Azmin hanya membuat kenyataan akhbar menafikannya, orang susah nak percaya," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Malah, Syed Ali turut menggesa ahli Parlimen Gombak itu supaya membuat laporan polis dan menyaman pemilik blog yang menyebarkan beberapa keping gambar aksi seks yang didakwa miripnya.

Pada Selasa, Azmin menafikan dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Azmin berkata, dakwaan itu berunsurkan fitnah dan mengecam sekeras-kerasnya tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau serta keluarga.

Sementara itu, Syed Ali berkata, Azmin perlu memberikan penjelasan dan butiran lengkap bagi mengukuhkan penafiannya dengan alasan munasabah.

"Namun, isteri beliau mungkin boleh memberi jawapan tepat kerana sebagai isteri sudah tentu lebih mengenali suaminya daripada pelbagai sudut.

"Mudah-mudahan Azmin juga sanggup bersumpah bahawa lelaki tersebut bukan dirinya jika beliau benar-benar mematuhi ajaran Islam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan