Azman Mohd Dilantik Sebagai CEO Baru TNB

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd melantik Datuk Azman Mohd sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, menggantikan Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh yang kontraknya berakhir pada Jun.

Azman, 55, yang ketika ini merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi TNB akan menerajui gergasi utiliti itu bagi tempoh tiga tahun, kata syarikat tersebut dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Beliau memulakan kerjayanya di syarikat itu pada 1979 sebagai jurutera elektrik di pejabat TNB daerah Temerloh/Mentakab dan kemudiannya perlahan-lahan mengisi jawatan korporat sejak 31 tahun lalu dengan memegang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Naib Presiden (Pengedaran) dari 2008 hingga 2010.

Semasa menerajui Bahagian Pengedaran, beliau menekankan kepada kepentingan meningkatkan perkhidmatan pelanggan menerusi pengenalan Piagam Pelanggan dan Standard Perkhidmatan Dalaman.

Azman terlibat dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Pengedaran Elektrik Malaysia dan dilantik sebagai pengerusi dari 2008 hingga 2010.

Beliau kini terlibat dalam menubuhkan Institut Pengurusan Aset (IAM UK) Bahagian Malaysia.

Azman, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik) dari University of Liverpool, United Kingdom, turut memiliki ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan