Ampang, Kajang, Cheras Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suasana banjir kilat di Kajang.
Suasana banjir kilat di Kajang.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, pada Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lepas banjir kilat akibat hujan lebat telah menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di sini, Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.

Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut. "Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya.

Katanya banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang ini, dan satu jentera bomba melibatkan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan.

Sementara terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi, yang telah menghempap empat buah kenderaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya dan menambah, bomba telah menghantar satu jentera untuk memotong pokok tersebut.

Terdapat juga satu kes pokok tumbang di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak namun ia tidak menghempap sebarang kenderaan, dan kedua-dua insiden itu dilaporkan pada 2.15 petang tadi oleh orang awam, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan