Abdullah Mahu Program Integrasi Di Sekolah Diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu program integrasi di sekolah diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum dipertingkatkan.

Beliau berkata program intergrasi terutama untuk murid sekolah rendah secara tidak langsung akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat menghormati antara kaum.

"Program intergrasi di sekolah akan memberi kebaikan dan setiap kemajuan negara dapat dinikmati oleh semua kaum serta setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua pihak. "Ia juga secara tidak langsung mampu menjayakan lagi gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kawasan Parlimen Kepala Batas di sini, Khamis.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pengurusan sekolah perlu berusaha untuk memberi kesempatan dan membangunkan program intergrasi kepada pelajar supaya perpaduan kaum terus kukuh pada masa depan.

Abdullah juga yakin melalui program tersebut juga dapat menjalin hubungan baik dan satu persahabatan sesama sendiri.

"Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisah dan bersendirian menjadikan integrasi antara kaum sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata idea untuk mewujudkan program integrasi dipersetujui oleh Kementerian Pelajaran dan Persatuan Sekolah-Sekolah Cina semasa beliau menjadi Menteri Pelajara tetapi ia tidak dilaksanakan atas beberapa sebab. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan