18 Kawasan Terjejas Akibat Banjir Kilat Di K.Lumpur Semalam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan di sekitar Kuala Lumpur terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda Lembah Klang, Rabu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kawasan terbabit termasuk Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latiff, Bulatan Cheras, Salak Selatan, Sri Rampai, Jalan Ipoh, Kepong, Jalan Tun Razak, Kampung Setia Jaya dan Setapak.

"Selain itu tanah runtuh turut berlaku di enam buah kawasan termasuk Taman Melati dan Seksyen 5, Wangsa Maju, selain insiden pokok tumbang di tiga kawasan iaitu di Stadium Bola Sepak Cheras, Taman Tun Dr Ismail dan Danau Kota," katanya kepada pemberita merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2012 Yayasan Pendidikan Titiwangsa di sini, Khamis.

Beliau berkata kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir kilat itu ialah Kampung Puah di Wangsa Maju yang melibatkan 176 mangsa dari 33 buah rumah.

Katanya mangsa banjir di kawasan itu telah ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kg Puah sementara menunggu banjir surut dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

"Pasukan kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak cepat dalam menyelaraskan pemberian bantuan kepada mangsa. Mereka juga akan menjalankan bancian bagi mengenal pasti jumlah kerugian sebenar," katanya sambil menambah JKM akan memberi bantuan makanan kepada mangsa untuk tempoh tiga hari bermula semalam.

Katanya kementerian akan meminta bantuan agensi-agensi berkenaan bagi menjalankan bacian dan mengenal pasti jumlah kerugian akibat banjir kilat di kawasan terjejas lain di Kuala Lumpur.

Raja Nong Chik berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengkaji semula sistem perparitan di sekitar ibu negara bagi memastikan sistem mampu menampung jumlah air hujan yang banyak dan mengurangkan insiden banjir kilat pada masa akan datang.

Sementara itu, seramai 921 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di kawasan Parlimen Titiwangsa diraikan dalam majlis anugerah hari ini.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun sejak dimulakan pada tahun 2005 dan pelajar terbabit menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan