Timbalan Pengerusi SPR Nafi Anggota Umno

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah anggota Umno.

Beliau berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Wan Ahmad berkata beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai anggota Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan di sebuah akhbar tempatan mendakwa kononnya Wan Ahmad seorang anggota Umno dengan No.Keahlian 2374564 yang berdaftar di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya bukan orang Kelantan dan tidak pernah tinggal di Pasir Mas atau di mana-mana jua (tempat) di Negeri Kelantan," katanya.

Untuk maklumuman, Wan Ahmad berkata beliau berasal dari Terengganu dan bukan Kelantan dan nombor MyKadnya juga tidak sama seperti yang didakwa.

Beliau berkata orang yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang anggota Umno yang memiliki persamaan nama dengan beliau.

Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 ( Kad Pengenalan lama: 2756290), No Keahlian Umno 2374564, cawangan Kubang Bunggor Pasir Mas, Kelantan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan