Pusat Beli Belah Rugi 30-50 Peratus Akibat Bersih 3.0 - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan disokong pembangkang Sabtu lepas mengakibatkan pusat membeli-belah ternama di sekitar ibu kota mengalami kerugian.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rata-rata premis berkenaan mengalami kerugian antara 30 peratus hingga 50 peratus daripada keuntungan yang biasa diperoleh pada hujung minggu. "(Keuntungan) Sungei Wang Plaza jatuh 30 peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari.

"Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya ditutup," katanya pada sidang akhbar Anugerah dan Persidangan Blogger Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITBCA 2012).

MITBCA 2012 anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama 'Malaysia Social Media Chambers' yang pertama kali diadakan itu akan berlangsung di Hotel Seri Pasific pada 8 dan 9 Mei ini.

Persidangan itu menampilkan pakar-pakar dan penulis blog veteran dari seluruh dunia seperti Ali Watters, David Hogan, Kiruba Shankar dan Sheila Scarborough yang akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran mengenai trend dan perkembangan terkini dalam media sosial.

MITBCA 2012 ini juga diadakan untuk mengenal pasti, mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada penulis blog atas sumbangan cemerlang mereka dalam mempromosi pelancongan melalui media baru.

Sebanyak 16 anugerah akan diberikan mengikut kategori di antaranya ialah gaya hidup, pengembaraan, makanan, muzik dan hiburan.

Ng berharap melalui persidangan ini, gabungan antara pakar-pakar dan penulis blog dari seluruh dunia dapat mendidik pengguna media sosial berkaitan pelancongan dengan lebih baik. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan