Polis Tangkap Perusuh Bersih 3.0 Dalam Masa Tedekat

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, Rabu.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan