Pinda Perlembagaan Hanya Janji Pilihan Raya Pembangkang - Ahmad Said

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata cadangan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Negara berhubung kedudukan agama Islam hanya janji pilihan raya.

Menurut Ahmad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, pembangkang khususnya PAS akan berjanji apa saja termasuk untuk meminda perlembagaan jika ia menang pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Cakap saja boleh buat (pinda perlembagaan). Mereka ini depan orang Melayu cakap lain, depan orang Cina nada suaranya lain pula. Semuanya hipokrit," katanya mengulas cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengenai meminda perlembagaan itu.

Abdul Hadi berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Abdul Hadi berkata, Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan