Pinda Perlembagaan Beri Kesan Negatif Kepada Negara - Ulama

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.

"Saya melihat menjadikan Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan.

"Walaupun ketika ini disebut Islam sebagai agama Persekutuan, masih ramai orang tidak beramal atau kurang mempraktikkan dan memahami Islam apatah lagi kalau perkataan itu ditanggalkan daripada Perlembagaan kelak," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan kepada Islam sebagai 'addin' iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Fathul Bari berkata PAS tidak seharusnya menimbulkan isu-isu provokasi seperti itu yang sering kali dibangkitkan menjelang pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan politik semata-mata.

"Saya kira sewajarnya apabila Islam itu dijadikan agama Persekutuan, kita harus bersyukur dan perlu berusaha untuk merealisasikannya bukan untuk menimbulkan isu-isu provokasi seperti ini.

"Saya tak pasti mengapa tiba-tiba nak dibangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan," katanya.

Beliau berkata PAS juga perlu menjelaskan tujuan dan matlamat sebenar tindakan mereka ingin meminda Perlembagaan negara serta membuktikan bahawa mereka adalah parti yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.

"Kalau dilihat ketika perhimpunan Sabtu lepas, unit amal PAS sendiri yang rempuh sekatan polis dan timbulkan kekacauan, (sejauh) mana mereka membudayakan dan jadikan Islam sebagai cara hidup kalau begini jadinya?," katanya. Pengerusi Ilmuan Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman pula menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dibuat berikutan mendapat tekanan daripada pakatan pembangkang khususnya DAP.

Beliau berkata Islam adalah kedua-duanya iaitu agama dan cara hidup.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan tidak boleh dipinda dan disentuh kerana ia adalah perjanjian kontrak sosial melalui prinsip 'jus soli' yang merupakan teras dan asas Perlembagaan negara.

Ibrahim berkata sesiapa yang mengungkit, mempersoal dan mencerca perkara itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Apakah Haji Hadi (Abdul Hadi) sedar bahawa dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi Persekutuan banyak memberi keistimewaan serta perlindungan bagi kepentingan Islam termasuk isu murtad," katanya.

Ibrahim berkata cara hidup mengikut Islam itu boleh dilaksanakan melalui dasar-dasar nasional serta program yang menjurus kepada Islam dan bukannya dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Haji Hadi buat kenyataan bodoh ikut suka nak cakap. Inilah berpolitik tanpa sedar diri, bercakap ikut sedap mulut dan akhirnya memberi pelbagai kesan tak baik. "Apakah dengan hilangnya Islam sebagai agama rasmi, maka semua agama di iktiraf sebagai sama? DAP setuju ke? Kenapa ia tidak dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang sekarang?," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan