Penganjur Perhimpunan Bersih Di Mekah, Madinah Calar Imej Baik Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran perhimpunan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Mekah dan Madinah, 26 April lepas telah mencalar imej rakyat Malaysia yang sering dikenali sebagai berakhlak mulia di kalangan rakyat Arab Saudi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata perhimpunan seperti itu juga telah memberi impak tidak baik dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Kalau kita pergi mana-mana tempat di Arab Saudi, orang (tempatan) akan puji kita dan kata orang Malaysia berakhlak bagus. "Dengan penganjuran perhimpunan itu, yang bercampur aduk lelaki dengan perempuan dan diterajui oleh orang yang benci dan anti Islam, jadi ia akan memburukkan nama kita (Malaysia)," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai penganjuran perhimpunan berkenaan di Masjid Nabawi, Madinah dan berhampiran dengan Masjidilharam, Mekah, dipercayai oleh pemimpin dan ahli-ahli Pas.

Fathul Bari berkata pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di negara itu tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu kerana mereka seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran.

"Untuk ambil tahu tentang hal politik tak salah, mereka (pelajar) juga kena tahu apa yang berlaku pada negara tetapi tidaklah secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang perlu mereka utamakan.

"Penyertaan mereka dalam perhimpunan ini juga tak menampakkan mereka ini berilmu. Orang yang berilmu tidak perlu menjerit, melalak atau melolong," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ilmuan Muda Malaysia (Ilmu) Dr Fadlan Mohd Othman berkata tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak itu juga dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan dan keyakinan kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah Haji dan Umrah dari Malaysia.

"Walaupun tidak ramai rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan itu, tetapi ia menarik perhatian masyarakat di sana. Kemungkinan besar kerajaan Arab Saudi rasa risau adakah perkara itu akan berulang lagi dan seterusnya menjadi titik permulaan kepada masalah keamaanan.

"Kita khuatir selepas ini kerajaan Arab Saudi tidak akan teragak-agak untuk melakukan tindakan tegas misalnya dengan mengenakan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat kepada jemaah Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan