Pelajar Boleh Tamat Pengajian Sebelum Masuk PLKN

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pada Selesa berkata, pelajar yang dipilih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh menamatkan pengajian mereka sebelum melaporkan diri untuk latihan.

Beliau berkata, umur mereka boleh menjangkau sehingga 35 tahun, bersesuaian dengan syarat latihan.

Bagi pelajar perempuan yang dipilih untuk PLKN, mereka dikecualikan sekiranya melahirkan anak, katanya.

“Semua pelajar yang melanjutkan pengajian mereka dalam atau luar negara di bawah program-program yang diluluskan oleh Kerajaan boleh memohon untuk menangguhkan latihan.

“Kami akan memproses permohonan mereka dan penangguhan akan diluluskan secara automatik. Pelajar harus menyertakan dokumen-dokumen seperti surat tawaran dalam permohonan mereka,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sebelum ini pelatih perlu menangguhkan pengajian mereka terlebih dahulu bagi melaporkan diri di PLKN, namun di bawah perjanjian baru antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, mereka dapat menamatkan pengajian mereka dahulu.

“Sebagao contoh, apabila mereka tamat Tingkatan Enam, dan belum mula bekerja, mereka akan dipanggil semula untuk latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kumpulan kedua bagi pelatih PLKN tahun ini dari JLKN Wangsa Maju.

Sehingga Khamis ini, sejumlah 53,348 pelatih akan dihantar ke 79 kem seluruh negara.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan