NPC Bimbang Dengan Serangan Terhadap Wartawan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) pada Rabu melahirkan rasa bimbang dengan kejadian serangan terhadap wartawan, jurufoto dan jurukamera ketika perhimpunan pada Sabtu lepas di ibu kota.

Presidennya Mokhtar Hussain berkata pertubuhan itu juga bimbang dengan dakwaan kekerasan yang dilakukan ke atas petugas media baik oleh peserta perhimpunan mahupun anggota pasukan keselamatan.

"Walaupun cerita yang berbeza akan bagaimana mereka diserang atau oleh siapa, siasatan yang adil oleh pihak berkuasa mengenai serangan ke atas mereka amat dialu-alukan," katanya dalam kenyataan pada Rau

Beliau berkata anggota media harus dibenarkan bertugas dalam situasi sedemikian tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Perhimpunan yang disokong pembangkang itu berakhir dengan huru-hara apabila peserta bertindak merempuh halangan polis dan pihak berkuasa bertindak balas dengan semburan air serta gas pemedih mata.

Beberapa petugas media mengalami kecederaan sehingga ada yang menerima jahitan serta dirawat di hospital. Selain itu mereka juga menanggung kerugian akibat peralatan rosak. "Kami bimbang dan sedih melihat petugas media diserang oleh semua pihak dalam kejadian itu. Serangan itu tidak sepatutnya berlaku," kata Mokhtar.

Beliau berkata pelaku patut berasa malu dengan dengan sendiri kerana mereka sepatutnya lebih tahu untuk mengawal diri dalam keadaan tegang seperti itu. "Situasi sebegitu bukan saja membawa impak kepada kesejahteraan fizikal wartawan tetapi juga nilai-nilai asas demokrasi yang ada dalam kewartawanan, hak untuk mendapat maklumat yang pelbagai dari banyak pihak dan liputan pada acara-acara yang mempunyai nilai berita," katanya.

Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) Muharyani Othman pula meminta semua pihak yang berkenaan agar tidak menyerang petugas media kerana mereka hanya menjalankan tugas merakamkan peristiwa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan