MTUC Sarawak Kecewa Kuantum Gaji Minimum Rendah - Berita Semasa | mStar

MTUC Sarawak Kecewa Kuantum Gaji Minimum Rendah

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menyamnbut baik gaji minimum yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi sektor swasta tetapi ia kecewa memandangkan kuantum bagi Sarawak adalah lebih rendah daripada semenanjung.

Pengerusi MTUC Sarawak, Mohamad Ibrahim Hamid hari ini berkata gaji minimum RM800 sebulan yang ditetapkan bagi pekerja di Sarawak, seperti yang dicadangkan Oleh Majlis Perundingan Gaji Negara, adalah tidak adil memandangkan kos sara hidup adalah 15 hingga 25 peratus lebih tinggi di negeri ini berbanding dengan semenanjung.

"Sementara penjawat awam mempunyai elaun wilayah, kakitangan sektor swasta tidak ada. Walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi dan pembangunan pesat sejak merdeka, gaji pekerja Sarawak kekal rendah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Isnin lepas, Najib mengumumkan kadar gaji minimum bagi pekerja di Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam) yang akan berkuatkuasa enam bulan daripada tarikh perintah itu diwartakan.

MTUC Sarawak, yang yakin bahawa gaji minimum dan gaji lebih tinggi akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan lebih banyak perniagaan untuk syarikat-syarikat, mengulangi permintaan supaya mengurangkan 200,000 pekerja asing di Sarawak dan 3.1 juta di Malaysia, kata Mohamad Ibrahim.

Beliau berkata angka menunjukkan bahawa sejak dua dekad kebelakangan ini, kenaikan gaji sebanyak 2.9 peratus adalah jauh di belakang peningkatan produktiviti 4.5 peratus di negeri ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan