Kabinet Setuju Panel Bebas Siasat Keganasan Terhadap Wartawan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet pada Rabu bersetuju dengan cadangan agar sebuah panel bebas ditubuhkan bagi menyiasat keganasan yang berlaku ke atas wartawan pada Perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet dan ia telah dipersetujui secara sebulat suara agar badan bebas tersebut dapat mengenalpasti secara mendalam siapakah dalang yang menimbulkan kekecohan serta tuduhan yang mendakwa polis turut bertindak ganas ketika himpunan tersebut.

"Saya memohon maaf kerana ada beberapa wartawan yang telah cedera teruk. Kami tidak ada keraguan dalam membentuk sebuah badan bebas dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) juga mahu kes ini disiasat secara telus walaupun ada dakwaan pihak polis didapati terlibat.

"Namun kita perlu isu ini dalam konteks yang berbeza. Saya ingin memberitahu anda bahawa kes keganasan yang paling teruk ialah melibatkan seorang wartawan, Mohamad Azri (Salleh) daripda TV Al Hijrah apabila dia cedera dipukul selepas cuba menyelamatkan seorang anggota polis.

"Bukan pihak polis yang memukulnya, namun dia jadi mangsa keadaan…jadi kita perlu adil dalam konteksi ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya pada Rabu.

Hishammuddin berkata Kabinet tidak mempunyai apa-apa masalah dua panel bebas yang berbeza untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Majlis Peguam dan orang awam yang mempunyai bukti supaya menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membantu siasatan.

“Kami telah membincangkan isu ini dalam pasca Kabinet, dan kami tidak mempunyai sebarang bantahan untuk menubuhkan sebuah panel bebas untuk mengalpasti apa sahaja bukti yang diperoleh oleh pasukan polis walaupun ia melibatkan kesalahan yang dilakukan dikalangan anggota mereka sendiri.

"Kami akan tetap laksanakannya. Kami mahu bersikap telus, kita mahukan keadilan dan semuanya akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang," katanya.

Hishammuddin memberitahu Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara supaya mempercepatkan siasatan dan dakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan dan keganasan pada perhimpunan Bersih 3.0.

Polis juga sedang mengenalpasti beberapa individu yang dapat membantu siasatan mereka dalam isu ini. Beliau menambah, kementeriannya dan pihak polis sedang mengumpulkan rakaman video bermula daripada 14 hingga 28 April untuk memberi gambaran sebenar kepada orang awam ,mengenai keadaan sebenar polis untuk mengawal keadaan dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya perhimpunan tersebut.

Hishammuddin berkata rakaman video yang diperolehi termasuk video yang memaparkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa cuba mengajak kira-kira 3,000 orang yang berkumpul supaya masuk ke Dataran Merdeka pada 2 petang, 28 April lalu.

"Dalam tempoh seminggu, kita akan mengumpulkan semua visual dan rakaman video yang kita perolehi daripada polis dan Kementerian Dalam Negeri, selepas itu kita akan paparkannya untuk tontonan awam di seluruh dunia. Bagi mereka tidak mahu membuka mata dan melihat kebenaran itu pilihan mereka.

"Secara asasnya kami akan tetap meneruskan siasatan dan mereka yang didapati bersalah akan didakwa di mahkamah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan