BN Salur Bantuan Kebajikan Bukan Ciplak Idea Pembangkang - Berita Semasa | mStar

BN Salur Bantuan Kebajikan Bukan Ciplak Idea Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan persekolahan adalah demi kebajikan rakyat dan bukannya menciplak idea pembangkang.

Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) berkata apa yang BN telah buat ialah idea baru dan berlainan dengan mana-mana pihak. "Yang paling penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meniru apa yang dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya apa yang BN lakukan ialah benda baru dan berlainan serta tidak tiru mana-mana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah bagi menyangkal tuduhan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) bahawa BN menciplak idea kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan, ketika membahaskan usul terima kasih Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) yang turut mencelah berkata perdana menteri mempunyai kaedah sendiri dalam merancang transformasi demi kesejahteraan rakyat. "Beliau (Najib) tidak langsung menciplak sebaliknya beliau membuat untuk kebajikan rakyat negara ini dan setiap sumbangan yang diberikan tidak mengira fahaman atau ideologi politik individu," katanya.

Arif Shah berkata semua yang layak menerima bantuan akan diberi dan bukan seperti kerajaan negeri yang menetapkan syarat atau kriteria tertentu kepada penerima. "Contohnya pelajar sekolah, semua pelajar sekolah, tidak kira berapa bilangan anak yang bersekolah dalam setiap keluarga diberi bantuan RM100 tetapi kerajaan negeri hanya memberi kepada pelajar tahun satu dan empat dan tingkatan satu dan empat. "Ini jauh berbeza dengan usaha dilakukan BN dan langsung tidak sama, jadi bagaimana yang dikatakan BN menciplak idea kerajaan negeri," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan