Beri Ruang Polis Siasat Insiden Bersih 3.0 - KPN

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta pihak media dan umum agar memberikan ruang kepada polis melakukan siasatan berhubung insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas.

Beliau berkata pihak polis menerima banyak laporan termasuk daripada peserta dan wartawan mendakwa dikasari pihak polis ketika pihak berkuasa itu meleraikan perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, yang melanggar larangan mahkamah dengan menceroboh Dataran Merdeka.

Beliau berkata bukan saja orang awam, malah anggota polis turut cedera serta empat kenderaan pasukannya turut dirosakkan dalam perhimpunan itu.

"Kita sedang meneliti pelbagai laporan diberikan (kepada) polis... jangan mudah membuat kesimpulan sendiri. Ini kerana keadilan dan siasatan polis mengambil masa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama media, di sini Rabu.

Sabtu lepas, polis menggagalkan peserta perhimpunan yang memasuki Dataran Merdeka setelah kumpulan itu melanggar larangan Mahkamah Majistret terhadap kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan kecuali acara rasmi peringkat nasional dan turut menawarkan lokasi alternatif tetapi ditolak penganjur. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan