Anwar, Azmin Perlu Letak Jawatan Kerana Gagal Jelaskan Isu Moral

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali perlu meletak jawatan dan membubarkan parti kerana kegagalan mereka memberi penjelasan serta tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung isu moral yang dihadapi, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab itu tidak mencerminkan sistem demokrasi di negara ini yang memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan keadilan sekiranya terdapat tohmahan dilemparkan ke atas diri mereka.

"Macam saya dulu pernah dituduh, saya ambil tindakan undang-undang dan buktikan bahawa saya tidak bersalah. Saya saman dan berjaya tunjukkan bahawa saya benar, tetapi sekarang kenapa pemimpin pembangkang berdiam diri? Adakah mereka fikir bahawa berdiam diri adalah satu strategi kononnya rakyat akan lupa dan tidak ambil peduli tentang isu seperti ini.

"Oleh sebab itu suka saya nasihatkan pemimpin PKR jika tidak boleh buat penjelasan atas isu penting, letak jawatan atau bubar sahaja (parti) kerana setiap isu mengenai akhlak yang paling dipandang serius oleh masyarakat tidak terjawab sehingga sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan fotografi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2012 di UiTM di sini, Rabu.

Abdul Rahim yang juga pengerusi Risda berkata demikian ketika mengulas dakwaan skandal seks yang mengaitkan seorang pemimpin parti pembangkang seperti disiarkan beberapa blog semalam. Beliau sebelum ini bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim pernah mendedahkan rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Abdul Rahim berkata rakyat Malaysia pada masa ini sudah maju dan merupakan warganegara yang bukan sahaja patriotik serta demokratik tetapi punyai minda yang inginkan penjelasan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan dari semasa ke semasa.

"Eloklah pemimpin seperti ini undurkan diri kerana mereka tidak berhadapan dengan fakta, bagaimana pemimpin seperti Anwar atau Azmin nak berdiri di depan rakyat, cakap tentang rasuah, bercakap tentang akhlak, moraliti dan nilai sedangkan diri mereka seperti 'ayam berkokok berdegar-degar tetapi belakang penuh tahi'.

"Mereka tiada locus standi untuk berdiri di depan rakyat kerana mereka berdiam diri, ini tidak dapat diterima rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan