Skuad Sayang Wanita Umno Edar 10,000 Poster Jejak Nayati

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehilangan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, sejak 27 April mendapat perhatian Skuad Sayang Wanita Umno yang mengambil inisiatif mengedarkan 10,000 poster pada Selasa dan Rabu dalam usaha menjejakinya.

Kira-kira 300 sukarelawan skuad itu mengedarkan poster tersebut kepada orang ramai yang bertumpu di kawasan membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini Selasa sempena cuti Hari Pekerja.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu diharap dapat menyebarkan maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang dilaporkan diculik ketika berjalan ke sekolahnya.

"Kami berkumpul sebagai ibu dan wanita untuk membantu usaha mencari Nayati. Bagi pihak Wanita Umno, saya berdoa supaya Nayati dapat kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat," katanya kepada pemberita ketika menyertai inisiatif itu.

Shahrizat berkata, poster itu akan diedarkan di sekitar Puduraya di sini Rabu dan akan diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga anak masing-masing sebaik mungkin serta mengadakan acara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing untuk mendoakan supaya Nayati ditemui.

Dalam pada itu, Shahrizat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berikutan pengumuman kadar gaji minimum bagi sektor swasta pada Isnin.

Beliau berkata, kadar gaji baru itu dapat membela nasib pekerja khususnya yang berada di bawah garis kemiskinan di samping meningkatkan semangat mereka untuk bekerja lebih tekun.

Dalam pengumuman di Putrajaya pada Isnin, Najib berkata, kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam).

Najib berkata, gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan