Pemimpin Utamakan Rakyat Tidak Anjur Perhimpunan Boleh Ancam Nyawa

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat tidak tergamak menganjurkan perhimpunan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda awam sebagaimana dilakukan pembangkang di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dalam negara demokrasi seperti Malaysia, terdapat banyak saluran disediakan untuk rakyat atau mana-mana pihak menuntut sesuatu.

"Tetapi apabila mereka (pembangkang) memilih cara perhimpunan dan kekasaran sebagaimana berlaku baru-baru ini, matlamatnya tidak sampai ke mana sebaliknya kesusahan yang dirasai bukan sahaja oleh mereka yang terbabit dalam perhimpunan, tetapi juga oleh rakyat biasa yang mahu mencari rezeki," katanya.

Rakyat perlu menolak pemimpin yang suka menimbulkan huru hara sebaliknya memilih pemimpin yang mampu membawa keamanan dan kemewahan negara untuk kesejahteraan hidup rakyat, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung berkelompok Umno Bahagian Arau di sini malam Isnin.

Katanya, melalui pelbagai peristiwa yang berlaku dalam negara membabitkan pembangkang termasuk perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, rakyat perlu sedar bahawa pembangkang yang tidak dapat menyaingi perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib agama, bangsa dan negara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan