NFCorp Beri Maklumat Kepada Bank Negara Berhubung Pendedahan Mohd Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Perbadanan Fidlot Nasional(NFCorp) pada Isnin memberi maklumat kepada Bank Negara Malaysia berhubung dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan maklumat perbankan syarikat itu.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata, pendedahan Mohd Rafizi itu melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Mohd Rafizi didakwa telah mendedahkan sebanyak 21 akaun kepada media, yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah sulit dan peribadi.

Maklumat yang diberikan Mohamad Salleh kepada Bank Negara adalah mengenai dakwaan Mohd Rafizi yang melanggar Bafia berikutan pendedahan butiran bank dan penarafan kredit NFCorp dan syarikat berkaitan.

Dalam pada itu, salah seorang peguam yang mewakili NFCorp, Wan Shahrizal Wan Ladin berkata: "Kehadiran kami membuat laporan dan memberi maklumat mengenai (dakwaan) Rafizi Ramli yang telah mengeluarkan atau mendedahkan butiran akaun Datuk Seri Salleh, ahli keluarganya dan syarikat kepada media.

"Kami sudah pun membuat laporan dan Bank Negara akan melakukan siasatan segera mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita di lobi Bank Negara di sini, Isnin.

Kehadiran Mohamad Salleh di Bank Negara turut disertai anaknya, yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat, Wan Shahinur Izmir Salleh serta beberapa peguam mewakili syarikat itu.

NFCorp sebelum ini membuat aduan kepada sebuah bank yang mempunyai kaitan dengan pendedahan maklumat yang sepatutnya sulit dan peribadi itu pada 30 Mac tahun lalu.

NFCorp juga membuat laporan kepada Bank Negara mengenai perkara itu pada hari yang sama.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan