Nelayan Bakal Dilindungi Insurans - Noh Omar

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 65,000 nelayan berdaftar di seluruh negara bakal menikmati skim insurans mulai pertengahan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata insurans itu membolehkan nelayan menikmati perlindungan terhadap kecederaan atau kematian mereka ketika keluar menangkap ikan yang sekaligus dapat meringankan penderitaan mereka dan waris mereka.

"Cadangan mewujudkan skim insurans ini telah diluluskan Kabinet awal tahun ini dan persatuan nelayan di seluruh negara juga telah menyatakan persetujuan penuh terhadap langkah terbabit.

"Kita berharap hasrat itu dapat direalisasikan pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di sini, Isnin.

"Nelayan menerima eluan sara hidup sebanyak RM2,400 setahun dan daripada jumlah itu, RM100 (setahun) akan dipotong untuk dicarumkan.

"Sebelum ini, nelayan yang memperoleh elaun hanya menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu dan jarang menyimpan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Justeru setiap kali berlaku musibah, nelayan akan dihimpit kesusahan," kata Noh.

Beliau berkata skim insurans itu turut meliputi perlindungan lain termasuk kebakaran dan kecacatan anggota badan.

"Kita telah memilih syarikat insurans yang boleh memberi pampasan yang tinggi bagi menjaga kebajikan setiap nelayan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan