MB Johor Ajak Orang Melayu Kuatkan Perpaduan Hadapi Cabaran Masa Kini

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman pada Selasa mengajak orang Melayu supaya menguatkan benteng perpaduan bagi menghadapi cabaran masa kini sekaligus memupuk kemakmuran negara.

Abdul Ghani berkata cabaran yang dihadapi ketika ini bukan sahaja di dalam Umno tetapi tentangan dari pihak tertentu yang membuat pelbagai tuntutan.

"Cabaran-cabaran tersebut akan dapat diatasi apabila orang Melayu bersatu. Banyak lagi yang boleh dicurahkan oleh parti kita sekiranya kita menjaga kekuatan dan hakikat ini telah dibuktikan sejak Umno ditubuhkan 66 tahun lepas apabila banyak kejayaan telah dikecapi," katanya berucap melancarkan larian bendera peringkat negeri Johor, di sini.

Seramai 1,000 anggota Pemuda Umno Johor dari seluruh bahagian yang diketuai Ketua Pemudanya Mohd Fadil Muskon memulakan larian sejauh 300 kilometer dari Dataran Bandaraya, di sini Selasa yang berakhir di daerah Ledang, Sabtu ini.

Abdul Ghani dalam pada itu turut mengingatkan orang Melayu supaya mengenang jasa dan pengorbanan Umno yang sentiasa sarat dengan agenda rakyat sehingga ke hari ini.

Beliau berkata Umno tidak pernah menoleh ke belakang sejak ditubuhkan di Istana Besar, di sini malah sentiasa mementingkan rakyat dengan prinsip perjuangan yang menerima cara hidup, amalan dan kebudayaan kaum lain.

"Bermula dengan Datuk Onn Jaafar, kita berjaya menggagalkan Malayan Union oleh penjajah Inggeris dan parti keramat ini hari ini menyempurnakan amanah orang Melayu ke tahap demi tahap dan peringkat demi peringkat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan