Ambiga 'Lidah Bercabang' - MIC Kedah

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: MIC Kedah menyifatkan Datuk S. Ambiga, pengerusi penganjur perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas sebagai "lidah bercabang" apabila menjanjikan perhimpunan tersebut akan berjalan dengan aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan berkata perhimpunan yang diterajui Ambiga yang disokong pembangkang itu telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan memalukan masyarakat India di negara ini.

"Perhimpunan itu juga menjadikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjadi desperado politik kerana perhimpunan itu gagal seratus peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 26 mangsa ribut di Paya Besar Mac lalu, di sini Selasa.

Ananthan juga bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar yang menyebut terdapat anasir komunis yang turut menyebarkan semangat bencikan polis pada perhimpunan itu.

"Secara senyap atau terbuka Tun Mohd Haniff perlu mendedahkan anasir-anasir tersebut demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini," katanya.

Katanya, rakyat di negara ini yang majoritinya cintakan keamanan dan kesejahteraan amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri akan bertindak sewajarnya dalam menangani isu keganasan yang berlaku semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan