RapidKL Akan Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Penganjur Bersih 3.0

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RapidKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana mengalami kerugian besar akibat tindakan liar oleh kumpulan demonstran.

Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada asetnys, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya.

"Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya syarikatnya akan membuat laporan polis terhadap penganjur dan percaya pengusaha pengangkutan lain dan peniaga turut mengalami nasib yang sama.

Beliau berkata petugas Prasarana juga dibaling dengan botol air mineral dan dicaci oleh sekumpulan demonstran apabila petugas berkenaan cuba membantu seorang penumpang yang pengsan di stesen itu.

"Menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan penumpang, aset dan petugas di stesen itu, Oleh itu, terdapat keperluan untuk menutup stesen itu pada masa itu," katanya, sambil memperjelaskan bahawa stesen itu turut ditutup pada dua perhimpunan sama sebelum ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan