Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kenyataan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim kerana kenyataan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Setakat ini, polis menerima enam laporan daripada individu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Mohammad Nizar, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan perkhemahan dan perbarisan sambutan ulang tahun ke-42 Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak 2012 di kem Sentosa PLKN Chenderiang di sini, Isnin.

Mohd Shukri berkata polis juga akan memanggil Mohammad Nizar bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu secepat mungkin.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah Ahad lepas, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan