Polis Siasat Dakwaan Kekasaran Terhadap Media - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis akan menyiasat segala kekasaran yang didakwa dilakukan terhadap media semasa perhimpunan di pusat bandaraya Sabtu lepas.

Ini termasuk dakwaan kekasaran terhadap jurugambar Al-Jazeera dan kerosakan kamera beliau dalam insiden itu.

Hishammuddin mengambil perhatian bahawa dalam hal polis, mereka bertanggungjawab menyiasat kes-kes berkenaan dan terpulang kepada Peguam Negara kemudian mengemukakan tuduhan.

"Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa mereka perlu lakukan demikian (menyiasat) tanpa rasa takut kerana kita sedang memasuki keadaan baru.

"Kita membenarkan perhimpunan. Kita membenarkan mereka melakukannya dengan aman tetapi mereka enggan.

"Di akhir matlamat, kita perlu menentukan keseimbangan antara kepentingan nasional, keselamatan negara, dengan hak dan kebebasan," kata beliau dalam temu ramah ringkas dengan Al-Jazeera selepas menziarah anggota-anggota polis dan seorang wartawan yang cedera, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hospital Kuala Lumpur Hospital pada Ahad.

Beliau berkata, tidak mudah untuk mewujudkan imbangan yang dihasratkan terutama dalam sebuah masyarakat yang sedang melalui peralihan tetapi berkata "kita sedang maju ke depan".

Hishammuddin menafikan bahawa terdapat arahan supaya polis menyekat wartawan dari menjalankan tugas mereka semasa perhimpunan itu.

"Kerana kalau ada, tentu tidak wujud langsung gambar-gambar video. Tetapi hal ini sedang disiasat," kata beliau.

Ditanya mengenai pandangan beliau tentang kurangnya disiplin di kalangan anggota polis semasa perhimpunan itu, Hishammuddin berkata, ini belum terbukti dan menggesa orang ramai melihat perhimpunan itu dari peringkat awalnya.

"Jika polis bersalah, anda tidak boleh menyalahkan seluruh pasukan polis kerana kebanyakan mereka begitu berdisiplin. Anda perlu melihatnya bukan setakat dalam konteks Dataran Merdeka. Ia adalah proses dari jam 2 pagi...ketika mereka masuk bertugas," kata beliau.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan