Polis Sahkah Tiada Kematian Ketika Demonstrasi Bersih 3.0

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa tiada kematian yang berlaku semasa perhimpunan yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang semalam manakala mereka yang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kematian seorang anggota polis Sarjan Zaini Nawawi, 53, di Jalan Bukit Bintang semalam tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu.

Beliau berkata Sarjan Zaini Nawawi, 53, yang merupakan anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas ketika menjalankan tugas rondaan biasa di kawasan Bukit Bintang.

"Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sg Kantan, Kajang," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata keadaan di Dataran Merdeka kini adalah terkawal dan pihak polis sentiasa memantau keadaan bagi memastikan kejadian semalam tidak berulang.

Mohmad Salleh berkata sebanyak 57 laporan polis berhubung perhimpunan itu diterima setakat ini termasuk lapan laporan berkaitan kecederaan anggota polis, dan sembilan laporan mengenai kerosakan kenderaan pasukan.

"Dalam menyuraikan perhimpunan itu, seramai 13 anggota polis mengalami kecederaan. Sebelas daripadanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM manakala dua lagi masih menerima rawatan di HKL," katanya.

Mohmad Salleh berkata polis juga menahan 512 orang bagi mententeramkan keadaan dan mereka terdiri daripada 482 lelaki dan 30 wanita, dengan lima daripadanya adalah kanak-kanak berumur antara sembilan dan 15 tahun.

Kesemua mereka telah dibebaskan selepas diambil keterangan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan