Nasib Tunku Abdul Aziz Akan Dibawa Ke Mesyuarat Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib Naib Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membantah penganjuran Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam pakatan, beliau sepatutnya tahu menggunakan kedudukannya itu.

"Beliau perlu menyuarakan bantahan itu kepada pimpinan parti, bukannya melalui media.

"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tidak ada sebarang syarat untuk mengusulkan sebarang pandangan kepada mesyuarat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Isnin.

Khamis lalu, Abdul Aziz menggemparkan sesi sidang Dewan Negara apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan yang akan menimbulkan keadaan huru-hara.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Sementara itu, Anwar mengisytiharkan 28 April 2012 sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' apabila 300,000 rakyat berhimpun menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Anak-anak muda, wanita dan lelaki dari pelbagai lapisan bangsa dan umur datang dengan kekuatan untuk menuntut kebebasan serta mahu keadilan ditegakkan. Mesej mereka adalah jelas," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan