Bersih 3.0: Polis Bertindak Kerana Bukan Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

"Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya pada sidang media, Isnin.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman video yang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secara menyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

"Sesiapa saja yang ingin membuat laporan polis berkaitan keganasan yang berlaku dan menimpa mereka, boleh segera membuatnya dan saya menerima apa saja laporan termasuk laporan daripada polis sendiri bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Ismail juga berkata, terdapat banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara.

"Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet...ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan