11,000 'Like' Laman Sosial Facebook Cari Nayati

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 11,000 pengguna laman sosial Facebook menanda 'Like' atau memberi respons mengenai makluman kehilangan Nayati Shamelin Moodliar, 12, di Mont Kiara tiga hari lepas.

Dalam laman tersebut, beribu mesej dikirimkan orang ramai untuk menawarkan bantuan mereka menjejaki kanak-kanak itu beserta kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

Salah seorang pengguna laman sosial itu, Lakhveer Kaur dari Petaling Jaya menulis 'Saya berdoa kepada tuhan supaya melindungi kanak-kanak kecil ini yang begitu berharga kepada keluarganya. Semoga tuhan melindunginya dan lembutkan hati penculik itu untuk menghantar dia kembali kepada keluarganya.'

Manakala di Twitter, masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan hashtags #FindNayatiMoodliar, #prayfornayati dan #Nayati untuk menyebarkan mesej.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy yang dihubungi Bernama pula tidak menolak kemungkinan kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut berpunca daripada aspek keselamatan yang tidak dititikberatkan.

"Pihak polis perlu lebih kerap mengadakan ceramah mengenai keselamatan diri kepada pelajar-pelajar sekolah supaya mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala ancaman membabitkan keselamatan.

"Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan pemantauan yang kerap dan kawalan daripada ibu bapa termasuk juga pihak lain agar perkara buruk seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Pelajar lelaki warga Belanda itu dikatakan diculik ketika berjalan kaki seorang diri menuju ke sebuah sekolah antarabangsa di sini, kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Saksi kejadian mendakwa dia melihat dua lelaki tempatan melarikan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen 2. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan