SK Bukit Damansara Ambil Langkah Pastikan Keselamatan Murid

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sehari selepas budak lelaki berusia 12 tahun dilarikan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, terdapat sekolah lain mengambil keputusan untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

Beberapa cadangan seperti pemasangan kamera litar tertutup dalam kawasan sekolah dan menubuhkan pasukan sukarela yang untuk menyelia para pelajar, telah dibincangkan pada mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada Sabtu.

Presiden PIBG SK Bukit Damansara, Datuk Rozhan Ghazalli berkata, agenda mesyurat itu adalah mengenai keselamatan.

“Kes yang berlaku di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara yang dilaporkan memberi perhatian kepada ibu bapa lain tetapi mesyuarat kami adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di sekolah kami,” katanya.

Rozhan berkata, PIBG menggesa para ibu bapa dan murid-murid supaya lebih berhati-hati di kawasan sekeliling sekolah.

Satu noyis di laman web sekolah itu menyatakan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kelas tanpa kebenaran guru besar atau guru, dan mereka (ibu bapa) juga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah selepas 7.15 pagi.

Ia juga menyatakan murid-murid yang tiba di sekolah sebelum pukul 7.15 pagi diminta untuk menunggu di kantin sekolah.

Notis berkenaan menjelaskan ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam sekolah selepas waktu persekolahan, dan hanya boleh mengambil anak-anak mereka di dua daripada tiga pintu di sekolah.

Jumaat lalu, seorang budak lelaki telah dilarikan oleh dua lelaki menggunakan sebuah kereta warna hitam, ketika dalam perjalanannya ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara.

Nayati Shamelin Moodliar, yang berpakaian seragam sekolah, telah dilarikan kira-kira pukul 7.35 pagi, berhampiran dengan sekolahnya.

Beberapa saksi berkata, dua lelaki berkenaan menarik budak itu ke dalam kereta dan kemudian memecut laju.

Nayati yang mempunyai mata berwarna coklat, dengan ketinggian kira-kira 1.5 meter dan berat 45 kilogram.

Ketika kejadian berlaku, dia memakai pakai kemeja-T polo warna putih dengan lambang sekolah dan seluar pendek warna hijau.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan