Negara Capai Nisbah Satu Doktor 600 Penduduk Pada 2015

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Negara dijangka mencapai nisbah seorang doktor bagi 600 penduduk seperti yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, jangkaan itu berasaskan pengeluaran 3,500 doktor setahun sekarang, yang mana pada ketika ini nisbah doktor berbanding penduduk ialah seorang bagi setiap 800.

"Kita menjangkakan dengan 3,500 doktor yang dihasilkan negara setiap tahun, Malaysia akan mencapai kadar nisbah seorang doktor untuk 600 penduduk pada 2015, manakala menjelang 2020 pula kadar nisbah adalah seorang doktor untuk 400 penduduk, melebihi apa yang dikehendaki oleh WHO," katanya, di sini Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Kluang bernilai RM379 juta yang beroperasi sepenuhnya sejak 30 Disember lepas.

Kata Liow, walaupun negara menghasilkan 3,500 doktor setahun, masih banyak hospital di negara ini seperti di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu menghadapi kekurangan doktor serta kakitangan sokongan yang lain.

Keperluan doktor dan kakitangan sokongan di hospital-hospital lain sama ada di bandar atau luar bandar adalah berlainan, katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian telah memutuskan untuk menambah 25 lagi doktor di Hospital Kluang yang pada masa ini mempunyai 45 doktor.

Kementeriannya juga akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah bilangan kakitangan sokongan di Hospital Kluang, yang pada ketika ini berjumlah 776 orang.

Selain itu katanya, kementerian juga akan menempatkan kemudahan CT-Scan bernilai RM5 juta di Hospital Kluang serta membuka Jabatan Pesakit Luar untuk kemudahan pesakit.

Hadir sama anggota Parlimen Kluang, Dr Hou Kok Chung. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan