Lucut Kerakyatan Individu Tidak Hormat Raja, Perlembagaan - Perkasa

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Raja-raja Melayu menggunakan kuasa yang diizinkan di bawah undang-undang untuk melucutkan taraf kerakyataan kepada mereka yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali ketika membacakan perisytiharan perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" di sini, berkata terdapat anasir-anasir yang cuba memporak-perandakan struktur teras Perlembagaan Negara yang termaktub di bawah Fasal 153 dan prinsip Rukun Negara.

Perisytiharan dua muka surat itu juga menyatakan ikrar memberi sokongan penuh dan padu kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

# Menyedari bahawa perbuatan derhaka, biadab dan kurang ajar serta aksi penderhakaan mereka adalah dalam berbagai-bagai bentuk, merupakan sesuatu yang dirancang secara halus bagi menanam sikap memberontak dan kebencian berterusan rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

# Menginsafi bahawa perbuatan sedemikian boleh menimbulkan kebencian dan huru-hara serta mengancam keharmonian kehidupan rakyat yang bernaung di bawah Institusi Raja-raja Melayu sebagai payung perpaduan negara dan rakyat.

Perisytiharan itu dibacakannya di hadapan kira-kira 4,000 peserta perhimpunan itu di Padang Kelab Sultan Sulaiman di sini.

Beliau berkata melucutkan taraf kerakyataan serta mengambil tindakan sewajarnya itu sebagai memberi pengajaran kepada individu-individu yang tidak menghormati perlembagaan dan Raja-raja Melayu.

"Taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir demi Raja dan Negara," katanya.

Ibrahim juga berkata Perkasa akan memohon untuk menghadap bagi menyampaikan perisytiharan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah.

Terdahulu, Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat tiga tonggak utama negara yang mesti dipertahankan habis-habisan iaitu Islam, Melayu dan Raja.

"Letaklah di mana-mana pun, ketiga-tiga ini saling berkaitan, saling memperkukuh dan bertindak antara satu sama lain. Jika tiga tonggak ini tiada, maka Malaysia akan berada dalam keadaan songsang," katanya.

Hassan berkata negara kini berhadapan dengan cabaran dari beberapa individu yang cuba untuk meracuni pemikiran rakyat dari mempertahankan Islam, Melayu dan Raja yang menjadi latar belakang negara. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan