KPT Sasar Lebih Ramai Penuntut Sains Menjelang 2020

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasar lebih ramai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil jurusan Sains berbanding Sastera menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah 30,000 penuntut IPT mengambil jurusan Sains setahun pada masa sekarang akan ditingkatkan kepada 100,000 penuntut setahun bagi mencapai matlamat tersebut.

Bagi menjayakan sasaran itu, kementerian itu telah menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menganjurkan program memperkasakan Sains, Matematik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

"Menerusi program ini, kita berharap para pelajar bersikap positif dan proaktif terhadap semua cabang Sains, Matematik dan ICT selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat saintifik, produktif dan inovatif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Memperkasakan Sains, Matematik dan ICT Di Sekolah-sekolah Kawasan Parlimen Pasir Gudang di Sekolah Menengah Taman Johor Jaya 2 di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Prof Datuk Dr Mohd.Tajudin Ninggal dan Pengarah Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM, Mejar Dr Ahmad Ariffian Bujang.

Khaled yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang berkata, projek perintis bagi program tersebut diadakan di kawasan Parlimen berkenaan secara berperingkat sebelum diperluas ke peringkat nasional.

Fasa pertama program itu yang melibatkan 44 projek dengan peruntukan sebanyak RM6 juta telah digerakkan dan bagi fasa kedua melibatkan 140 projek dengan peruntukan sebanyak RM14 juta akan dimulakan tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan