Ambiga Minta Suhakam Siasat Insiden Keganasan Bersih 3.0

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang di sekitar Dataran Merdeka semalam, Datuk S. Ambiga, berkata beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

"Kami mahu Suhakam menjalankan siasatan bebas...mereka yang mencetuskan masalah hendaklah dikenalpasti termasuk mereka yang melanggar sekatan pihak berkuasa dengan merempuh pagar pengadang (di Dataran Merdeka)," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata siasatan penuh perlu dibuat oleh Suhakam bagi mendapatkan maklumat termasuk arahan melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia serta arahan menutup operasi sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ditanya adakah beliau selaku penganjur perhimpunan itu akan bertanggungjawab terhadap insiden itu yang menyebabkan banyak kerosakan kepada kemudahan awam, Ambiga berkata beliau perlu meneliti laporan Suhakam sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai siapa yang harus bertanggungjawab.

"Jangan buat sebarang andaian siapa yang perlu bertanggungjawab... kami perlu menyiasat dahulu, kami ingin mengetahui siapa yang melakukannya.

"Biar siasatan dijalankan dan kami mahu Suhakam menyiasat dari segala sudut...mereka boleh juga menyiasat kami," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 April 2017 5:30 PM

Hasrat Faizal Tahir Berehat Terganggu

Jumaat, 28 April 2017 3:47 PM

'Istana' Unik Di Rusia

Jumaat, 28 April 2017 11:39 AM

Kiri, Kanan, Depan,Belakang Ais Krim

Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

Apa Punca Aiman Sidek Masih Tidak Popular ?

Khamis, 27 April 2017 5:32 PM

Siapa Sanggup Tunggu Elly Mazlein?

Khamis, 27 April 2017 3:30 PM

Belum Ada Rezeki Anak - Bella Dally

Rabu, 26 April 2017 10:48 AM

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

Kolumnis

iklan

Iklan