15,000 Masyarakat Luar Bandar Terima Lesen Program Satu Komuniti Satu JPJ

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kira-kira 15,000 masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah berumur 45 tahun ke atas di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, selain daripada masyarakat luar bandar, program itu juga turut memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu.

"Sejak tahun 2009, lebih dari 3,000 masyarakat Orang Asli berjaya mendapatkan lesen melalui program JSJK yang telah kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program SJSK peringkat Negeri Perlis di Sekolah Kebangsaan Utan Aji dekat sini Ahad.

Beliau berkata, program itu dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu kerana pihak JPJ mengenakan bayaran yang sangat rendah berbanding di sekolah memandu.

"Kita hanya mengambil bayaran yang asas sahaja tanpa mengenakan caj sampingan dan bayaran yang kita kenakan sangat rendah iaitu RM140. Jika calon memohon lesen memandu melalui sekolah memandu, mereka dikenakan bayaran RM250 ke atas," katanya.

Ismail berkata, ia adalah usaha kerajaan untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah mendapatkan lesen memandu dengan mudah.

"Kebanyakan mereka yang memohon lesen boleh menunggang motosikal dengan baik tetapi mereka menghadapi masalah dalam ujian komputer. Jadi melalui program ini kita akan cuba membantu mereka menjawab soalan ujian itu secara lisan atau melalui cara lain," katanya.

Beliau berkata, pihaknya hanya memfokuskan kepada lesen motosikal kelas B2 sahaja kerana kebanyakkan masyarakat boleh menunggang motosikal dan mempunyai motosikal sendiri berbanding kereta.

"Lagipun, kebanyakkan mereka yang mempunyai kereta adalah golongan yang berkemampuan dan mereka mampu untuk mendapatkan lesen melalui sekolah memandu," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Ngeri (Adun) Tambun Tulang Datuk Seri, Shahidan Kassim berkata, beliau akan meminta pihak JPJ membuat program itu dua kali setahun.

"Kita tahu masih ramai masyrakat di sini yang berpendapatan rendah tidak mempunyai lesen dan kita akan bantu mereka dapatkan lesen melalui program ini," katanya.

Untuk program kali ini, seramai 261 masyarakat berpendapatan rendah di negeri ini menerima lesen memandu kelas B2 iaitu 97 daripadanya adalah lelaki dan selebihnya wanita dan sejak tahun 2009, sebanyak 1,150 orang di seluruh Perlis telah berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 melalui program itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan