Struktur MASwings Dikaji Semula, Libatkan Kepentingan Sabah & Sarawak - PM

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan akan mengkaji semula struktur MASwings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, bagi mempertimbangkan penglibatan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam pemilikan sahamnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata kajian semula struktur ini akan turut mengambilkira peningkatan produktiviti MASwings serta rangkaian perhubungannya di kedua-dua negeri itu.

"Atas permintaan kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan negeri Sabah, struktur MASwings akan dikaji semula supaya mereka dapat memiliki sebahagian daripada (saham) MASwings," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini.

MASwings mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 untuk menjalankan perkhidmatan udara pedalaman (Rural Air Service or RAS) di kedua-dua buah negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan