Polis Terpaksa Lepaskan Gas Pemedih Mata & Meriam Air Kerana Peserta Bersih 3.0 Bertindak Ganas

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan FRU melepaskan meriam air ke arah penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun di hadapan Sogo. Mereka ini cuba melanggar sekatan polis untuk membolehkan mereka bergerak ke Dataran Merdeka.Foto THE STAR
Pasukan FRU melepaskan meriam air ke arah penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun di hadapan Sogo. Mereka ini cuba melanggar sekatan polis untuk membolehkan mereka bergerak ke Dataran Merdeka.Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Polis mendakwa mereka terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh Bersih 3.0 bertindak ganas hingga memaksa mereka berbuat demikian bagi menyuraikan perhimpunan tersebut.

"Mereka bertindak tidak sopan dengan membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata tindakan peserta Bersih 3.0 yang cuba memasuki kawasan permukaan tanah Dataran Merdeka menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menghentikan kemaraan mereka.

"Kami masih lagi berjaya mengawal keadaan," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata polis berjaya mengawal pergerakan peserta perhimpunan tersebut yang bermula sejak awal pagi Sabtu hingga 2.55 petang.

"Pada pukul 2.50 petang, beberapa pemimpin parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan ucapan kepada peserta himpunan.

"Kira-kira pada pukul 2.55 petang peserta Bersih cuba mengalihkan kawat berduri yang dipasang di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak untuk memasuki Dataran Merdeka.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan