Polis Berjaya Halang Penyokong Bersih 3.0 Ceroboh Dataran Merdeka

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menghalang percubaan peserta perhimpunan haram untuk menceroboh Dataran Merdeka pada Sabtu dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan.

Sebelum bertindak, polis yang berada di belakang pagar penghalang itu telah mengeluarkan amaran sebanyak tiga kali kepada peserta perhimpunan agar tidak memasuki kawasan larangan itu.

Namun peserta tetap berdegil lalu merempuh serta cuba melepasi pagar halangan tersebut menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia untuk menyurai dan mententeramkan keadaan dalam insiden kira-kira jam 3 petang.

Tindakan polis itu mengakibatkan peserta perhimpunan melarikan diri ke arah kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Peserta perhimpunan bertindak balas membaling botol air plastik, botol air kaca dan kayu ke arah polis.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain turut beredar dari tempat perhimpunan tersebut setengah jam kemudian serta turut meminta peserta untuk beredar.

Peserta perhimpunan sehingga kini masih berada berhampiran kawasan dataran dan kompleks membeli belah Sogo.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Polis semalam mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam tadi hingga 1 Mei.

Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar perintah itu, mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan