Nisbah Kes HIV/Aids Di Malaysia Menurun - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Nisbah rakyat Malaysia yang dijangkiti HIV/AIDS di seluruh negara semakin menurun secara kumulatif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata penurunan itu dilihat sebagai hasil daripada pelbagai program memerangi bahaya penyakit itu. "Nisbah kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk ialah pada nisbah 28.4 bagi tahun 2002, telah menurun kepada 12.2 bagi nisbah yang sama pada tahun 2011. "Penurunan kadar nisbah lebih 50 peratus ini menunjukkan program pencegahan dan pendidikan kepada rakyat termasuk kalangan masyarakat Orang Asli memerangi epidemik ini berada di landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Khas Untuk Wanita Orang Asli Tentang Cara Melindungi Diri Daripada HIV dan Keganasan, di Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik dekat ini, Sabtu.

Bengkel tersebut dianjurkan Institut Pengurusan Wanita (WIM) dan dihadiri pengerusinya, Tan Sri Napsiah Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif WIM, Datuk Dr Nellie Tan Wong.

Liow berkata kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kejadian kes baru HIV pada nisbah 11 untuk setiap 100,000 penduduk negara ini.

Beliau berkata jangkitan HIV di negara ini berlaku di kalangan mereka yang melakukan aktiviti berisiko tinggi iaitu penagihan dadah, menerusi jarum suntikan, aktiviti pelacuran dan hubungan seks sejenis.

Terdahulu ketika berucap di bengkel tersebut, Liow meminta semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan mengadakan program kesedaran tentang bahaya penyakit berkenaan.

Katanya, kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu penting dalam usaha membendung penularan penyakit tersebut.

Liow berkata masyarakat Orang Asli di negara ini juga tidak terkecuali daripada penularan HIV/AIDS.

"Berdasarkan data yang saya perolehi, seramai 36 Orang Asli dijangkiti HIV di Pahang, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor dari tahun 2006 hingga 2010," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan