Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran Merdeka

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Penyokong Bersih 3.0 mula berkumpul di Jalan Raja, kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. - Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF.
Penyokong Bersih 3.0 mula berkumpul di Jalan Raja, kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. - Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sabtu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah itu pada kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis, berikutan permohonan oleh pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh berkata pihak polis mendapatkan perintah tersebut bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan itu melarang penganjur dan orang awam daripada berhimpun di Dataran Merdeka bermula tengah malam Jumaat hingga 1 Mei, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

"Sesiapa yang ingkar perintah mahkamah akan ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Jenayah yang mebawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua jika disabit kesalahan," katanya kepada pemberita.

Selain daripada Dataran Merdeka, kawasan lain yang termasuk dalam perintah mahkamah tersebut ialah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab. Ini kerana jalan-jalan tersebut menghala ke Dataran Merdeka.

"Tidak semua jalan yang menghala ke Datarab Merdeka akan ditutup sepenuhnya pada Sabtu, melainkan keadaan memaksa kami berbuat demikian," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan