Kesesakan Trafik Berikutan 50 Jalan Di Ibu Negara Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesesakan jalan yang teruk dilaporkan di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang pada Sabtu.

Polis Kuala Lumpur melalui laman facebook pasukan itu menjelaskan bahawa laluan itu itu ditutup secara berperingkat sejak 6 pagi tadi dan akan dimaklumkan pembukaannya kemudian.

"Ekoran perhimpunan itu beberapa batang jalan pula akan dilencongkan", menurut laman facebook itu lagi.

NGO merancang untuk mengadakan perhimpunan, kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, mulai 2 petang di Dataran Merdeka tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengisytiharkan dataran itu tidak boleh digunakan melalui perintah mahkamah.

Menurut laman Facebook polis, jalan yang ditutup ialah Jalan Sungai Besi dan Bulatan Sungai Besi, Bulatan Pudu dan Jalan Pudu, Jalan Kajang, Jalan Chan Sow Lin menuju Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Razak-Kondo Ezora dan susur Jalan Sultan Ismail Embi.

Susur Jalan Tun Razak-Bukit Bintang, Jalan Tun Razak-Kia Peng, Jalan Tun Razak-Jalan Eaton, Jalan Tun Razak-Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak-Lorong Kuda, Jalan Tun Razak-Susur Jalan Ampang, Jalan Tun Razak-Megan Phileo, Jalan Tun Razak-Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak-Terowong KLCC, Jalan Tun Razak-Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak-Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak-Bulatan Pahang,Jalan Tun Razak- Pusat Dagangan Putra dan Jalan Tun Razak-Jalan Tun Ismail dan susur Jalan Kuching.

Jalan lain ialah bulatan Pahang-Jalan Genting Klang, Jalan Pekeliling-Jalan Ipoh-Jalan Rahmat, Jalan Tun Ismail-Jalan Putra, Jalan Putra Jalan Raja Laut, Jalan Pahang-Jalan Raja Muda Abdul Aziz-Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Mahameru-Susur Parlimen, Jalan Mahameru-Susur Wisma Tani, Jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru dan susur Carcosa.

Jalan Damansara-Jalan Travers, Jalan Bangsar-Jalan Travers, Jalan Travers-Jalan Damansara, Jalan KL Sentral-Muzium Negara, Jalan Klang Lama-Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama-Salak Expressway, Lebuhraya Persekutuan-Jalan Syed Putra, Jalan Tun Sambathan-Jalan Sulaiman dan Jalan Sulaiman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan