KBS Yakin Sasaran Himpun Dua Juta Belia Tercapai

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kementerian Belia dan Sukan yakin sasaran untuk menghimpunkan lebih dua juta belia dalam program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 Mei ini akan dapat dicapai.

Timbalan Menteriya Datuk Razali Ibrahim berkata ia akan menjadikan program selama lima hari yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai 10 perhimpunan terbesar dunia tahun ini.

"Dalam Himpunan Jutaan Belia tahun lepas, kita dapat mengumpul 1.2 juta orang belia dalam tempoh tiga hari, tetapi kali ini himpunan itu akan diadakan selama lima hari dan lebih dua juta belia dijangka akan menghadirinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Belia Daerah Muar di Dataran Tanjung Emas di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu berbasikal mengelilingi Bandar Diraja Muar bersama Pegawai Daerah Muar Amran Othman dan lebih 300 orang belia dan beliawanis di daerah itu.

Katanya dalam himpunan tahun lepas hanya terdapat 200 program dan kali ini ia ditambah kepada 500 segmen dengan 1,000 aktiviti.

"Kita juga menyediakan 23 pentas untuk membolehkan belia mengadakan aktiviti pentas sepanjang program itu," katanya.

Razali yang juga merupakan Anggota Parlimen Muar berkata mengikut perangkaan, program tahun lepas turut menyumbang 0.014 peratus atau RM102 juta daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)daripada aktiviti perniagaan selama tempoh tiga hari itu.

Beliau yakin jumlah itu akan dapat dipertingkatkan pada tahun ini memandangkan tempoh himpunan tersebut dipanjangkan kepada lima hari.

Sementara itu Razali berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan merasmikan sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan