Apa Yang Didakwa Nizar Tidak Benar - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tuduhan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk SeriMohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan denganpegawai kanan tentera berhubung pilihan raya, sebagai mimpi di siang hari. Beliau berkata tuduhan itu adalah tidak berasas dan satu pembohongan serta tanpa fakta.

"Apa yang didakwa Datuk Seri Nizar adalah sesuatu yang tidak pernahdilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perdana Menteri (Datuk SeriNajib Tun Razak) pun tak pernah memanggil mana-mana panglima tentera laut,darat, udara dan Panglima Angkatan Tentera kononnya meminta supaya tentera ambilalih....tak pernah timbul langsung...," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tuduhan Mohammad Nizar dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas kononnya perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglimaangkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Kalau hendak menang pilihan raya pun, bukan dengan cara berbohong...saya ingatkan pengundi beliau dan pengundi negeri Perak supaya jangan percaya pada beliau (Nizar) ini kerana beliau bercakap tanpa fakta," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Mohammad Nizar mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Perdana Menteri dan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan